Wednesday, September 16, 2009

17 September 2009

Assalammualaikum...

hari nie sekali lagi masaku dihabiskan dalam library..
raya dah nak dekat tapi thesis tetap kena buat. lepas raya nie kena submit..so,no raya la..

hari nie 17hb..umurku exactly 25 thn, 1 bulan dan 4 hari.
erm..makin umur meningkat nie,makin mencabar hidup nie rasanya..
too much to think...
mcm2 nak fikir..study,peribadi, kerja,kewangan,love life,family dan migration.
sighh...

tapi kebanyakkannya sedih..huhu..terutama dari segi love life. i failed each time i fall in love.
poor irena...tapi bak kata Pn. Haida, chill.dont be afraid...i'm not gonna eat you.
sighh....

raya nie pulak, i got no interest. bukan mcm sblm2 nie. give up i think..
ntah la..perasaan nie berbaur..semua ada...sedih, geram, kadang2 happy..dah tak tentu arah rasa.

tapi nak buat mcm mana..i have to face it. hidup mmg mcm nie. kalau tak sedih, bukan hidup namanya....

diri nie cuma nak rasa gembira dgn cara yg sepatutnya.
dengan org2 yg tersayang.
and nak cepat2 keja..nak bg mummy ngn daddy duit..kalau ada rezeki lebih nak antar mummy ngn daddy g haji ngn umrah lagi sekali. nak beli baju untuk diaorg, nak betulkan umah,nak belikan kereta...nak diaorg rasa beruntung ada anak yg bernama Irena nie walaupun nakal. huhu

kawin? kalau ada jodoh,alhamdullilah. tapi untuk mencari,tidak sama sekali. serik!!
i'm not good in love life..i'm not the perfect girl to be in love with. sigh....

last sekali, selamat hari raya....maaf zahir dan batin.

Monday, September 14, 2009

tahap kemalasan yg melampau....

Assalammualaikum...

Hola,nie entri pertama yg melibatkan hari raya atau pon puasa..
entri kali nie menceritakan kegilaan membeli belah di hari raya...
nak dijadikan cerita, Jln TAR adalah port aku last week. erk...membeli belah ke?
ohhh tidak sama sekali..hanya menemankan sepupu membeli untuk keluarganya..
menceritakan kembali kegilaan org membeli-belah, buatkan diri nie naik seram..
dengan jalan yg jam..dan pembeli yg memenuhi ruang..mmg tak larat rasanya meneruskan perjalanan menyusuri Jln TAR yg amat terkenal dengan pakaian tradisional melayu tu.

tapi dalam sesak2 tu, 4 kali gak la sampai area situ..paling tak pon pi SOGO!
SOGO yg sesak dan tak putus2 dengan kehadiran org yg melimpahi ruang perniagaannya.
4 kali dalam masa 2 hari,beb...isk..tapi bila member ajak utk kali yg ke 5, tobat den.
tak mau pergi. traffic mmg jam la..org pun jam juga kerana terlalu sesak!

pengalaman itu mengajar...
bila tgk total amount utk barang kak long yati yg dibeli,mmg menginsafkan..
sekiranya anda adalah seorang yg berpendapatan sederhana, maka berusahalah mempelbagaikan kemahiran menjahit pakaian tradisional. kalau tak,mmg kayap..
tu mmg tak boleh nak dielak..paling kurang pun kena berjimat cermat untuk beberapa bulan hanya untuk cover segala perbelanjaan hari raya. makan ratus, beb..nak lagi sadis,RM ribu riban....

tapi dalam masa berjalan2 tu..sempat la mencapai sehelai tshirt muslimah dan 2 helai selendang, tu pun setelah menimbangkan untuk satu jangka masa yg lama. maksud lama tu lebih dari sejam la. RM 40,mmg kira berpatutan kerana harga asalnya RM 49. dengan kehebatan ku ber'haggle' dengan si penjual berasal dari kelantan yg ku panggil ABE, kemahiranku tawar menawar terbukti. buktinya, sepupu dan jiranku hanya memperolehi tshirt yg sama dengan harga RM 45. pembelian yg sama namun berbeza waktu selama lebih kurang 8 ke 10 jam sahaja. Erm..semangat 1Malaysia nyata terbukti..(erk..dengan nada mengejek). tapi yg nyata..ku amat berpuas hati kerana berjaya membeli dua helai selendang dengan total price RM16. yg ku rasa amat berpatutan dan sesuai dengan situasi ku yg bakal menjadi penganggur dalam masa terdekat ini(semoga dijauhi Allah..amin).

ini adalah kali pertama ku berposa di KL..mmg tak pernah terfikir diri ini akan berada di bandar yg mmg terkenal dengan kesibukkan warga kotanya dan tidak ketinggalan trafficnya.
diri ini mmg tak pernah berjalan sendirian di sekitar KL sebelum ini. takut sesat!!
praktikal kat sini mmg mengajar diri ini tentang kesabaran, menghargai masa,kebebasan bergerak dan yg paling utama jimat cermat!

seperti kata kak long yati,'you have to explore KL..have to know about KL. once you have the courage, u will not afraid of being lost'
dan kebenarannya telah terbukti...huhu..
alternatif semakin bnyk ku temui di KL ni.
jam? LRT ada..tambang naik bas mahal? naik transport lain..
monorail ada, KTM ada, putra pon ada..pendek kata mcm2 ada..
takut sesat naik tu sume? jgn malu tanya, walau pun org akan pandang dengan cara yg pelik!
takut jam? jadi bangun seawal jam 5 pagi! nescaya anda tidak akan lewat dan bisa menunaikan solat subuh pada waktu sepatutnya tanpa alasan meninggalkannya!
ini seterusnya mendidik diri anda bangun pagi tanpa tidur selepas subuh atau sahur.
so,no excuse at all!

sudah banyak menaip untuk kali nie..
seharusnya idea2 disimpan lagi untuk entri seterusnya..sekiranya ada umur yg panjang.

Selamat Menempuhi Saat2 Terakhir Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan Batin.

Monday, August 31, 2009

1 Sept 2009

Selamat Pagi..Morning...

hari nie hari pertama di bulan september dan merupakan hari yg ke-10 berpuasa..
i'm counting my days right now..as an industrial trainee..mmg tak sabar nak menghabiskan tempoh praktikal. cabaran yg pertama,kerenah org2 ofis nie...penat..and sometimes geram..marah jgn citer la..berbuku2. bosan dengan keadaan ofis yg kurang friendly, staff yg bermuka2, back stab..mcm2 la. maklum la..government office..mmg mcm nie. Lecturer pun dah mengakuinya awal2 dulu. pesan cepu emasnya...kena bersabar dengan kerenah staff2 sokongan yg berlagak nak jadi bos tapi tak kesampaian. tu dah lumrah..mmg mana2 government offices, mmg mcm tu. tak semua staff mcm tu tapi yg tu la buat diri nie rasa annoying.
udahnya diri yg muda nie juga yg kena bersabar..kadang2 kalau ada peluang, mmg bg balik..sampai terdiam mereka yg berkenaan. haha...diam2 kena berisi..tak boleh diam jer..nnt terus dibuli.

cabaran kedua lak...
nie berkenaan dengan kos..
masuk tarak..kuar berlambak...huhu..tu la yg terjadi kat diri nie. tiap2 hari tambang menjadi perkara pertama yg perlu difikirkan. kalau sebelum bulan september,RM1 jer sehari tambang..mmg boleh guna seharian la. tambah dgn star,baru RM2.40 sehari. start jer bulan september, naik giler babeng. satu hala RM1.90..pergi balik RM3.80. tu untuk bas nombor U618. T224 atau T223 lak naik sbb dari daily bus fare tukar ke one way. so, pergi balik RM2. campur dgn star fare lak, RM1.40(nie pon akan naik gak). aiyokk...naik 3 kali ganda kos untuk tambang. taxi lak RM3(nie bukak jer pintu dah kena RM3) kalau dari flat sampai ke LRT stesen tu kena RM5.20. padahal tak jauh pon. mmg aku mengeluh yg amat. kenapa la mcm tu skali. naik sampai 3 kali ganda..kalau tuang minyak keta pin dapat la lebih kurang 3 liter. aiyokk...mmg teruk la..tapi kalau bawak keta pon kena fikir jem ngn duit minyak(minyak dah naik gak...kerajaan bg org malaysia pakai minyak murah). semua kena fikir..tambah2 mcm kami yg hanya kerja for free. no nothing..kami student nie tahan jer la...
nie pon tough gak. kenapa semua nak naik tapi taraf hidup makin teruk..org miskin makin banyak kuar kat bersamamu. 1Malaysia kononnya..rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. so, apa2 hal..apa2 masalah,rakyat dulu yg kena fight. kalau masalah, rakyat dulu yg kena tanggung..subsidi ditarik balik pon, sbb nak alihkan peruntukkan ke tempat lain. semua la naik. tension.

moral of the story...
kena bnyk2 bersabar..apa2 pon bersabar...
tapi rakyat malaysia nie tetap bersabar walau apa pon yg jadi..
tapi..sampai bila nak bersabar...

aiyyyoookk.....

Thursday, August 20, 2009

Mentaliti?

selamat pagi..(dah kul 10.19 pg-ikut punchcard kat ofis nie ha)

mcm biasa..mmg dah lama dah tak menjenguk blogspot nie..nama jer best...fairyLuv konon.. tapi mana dapat nama fairyLuv tu? kalau taip kat internet, mmg bnyk nama Irena. pertubuhan pon ada nama irena gak.. isk..isk... tapi yg menarik minat tu sb ada satu burung dari greek kalau tak silap..namanya fairy bluebird yg namanya irena. so, secara tak langsung, wujud la nama fairyLuv. haha...

last wednesday,terpaksa balik melaka sb jumpa advisor..tapi balik hari jer. smpai pagi, balik petang. tak dapat nak dating ngn "sepupu" sendiri. cis..tak pa2.. walaupun baru 2 minggu tak balik, dah bnyk dah perubahan dan pembangunan sedang berkembang pesat. salah satunya shoping complex jaya jusco kat peringgit tu ha. dah 80% siap. dah cat dah kat bahagian depan tu. rasanya in the middle of 2010, dah start operation. the significant was, that mall is the most largest mall in Malaysia!! and situated in Melaka. the historical city!! bawah nie gambau construction site Jaya Jusco baru tu..


tapi ada ke pembelinya nnt? kalau secara logiknya la kan...time2 tgh krisis ekonomi nie, org akan berjimat tahap cipanzi. tapi dengan pembinaan shopping complex yg "besau" sgt tu ha..people cant resist it. kalau pergi sekadar untuk berjalan pon, paling tidak,mesti ada sehelai baju atau sebotol air mineral yg dibeli. tu tak termasuk dengan barang yg under promotions. cis..tactics sungguh.
knp ada shopping complex time ekonomi down nie? haaa...sb dari situ la government dapat income. bila barang tu dijual, maka adalah percent tax utk government,and adalah next new production of products sbb ada demand. bila ada demand,ada la supply. kalau sorang beli RM 20, maybe dalam RM1 goes to the government. jadi,bayangkan org beli ber-ratus ringgit. tu belum lagi dengan total customernya. masyuk..

tu sbb kempen berbelanja secara berhemah kuar. tapi kena la ingat juga..dah nama pun manusia,mana leh tahan tgk promotions beli satu percuma satu. jadi..dari budget RM 20, terlebih la ke RM 40 just because of the promotion. jadi secara tak langsung, rakyat membantu kerajaan hanya dengan membeli, shopping,dan berjalan. so, kalau org tanya apa yg kita dah bagi kat kerajaan, korang boleh jawab sy bagi duit. huhu...kalau tak, tak de reserve kat bank negara tu atau reserve akan berkurangan,kalau tak infrastructure tak dapat nak bina, kalau tak gaji2 kakitangan awam tak berbayar..kalau tak tol naik harga lagi..kalau tak..minyak kereta yg baru,lebih rendah harga dan kurang berkualiti jadi minyak mahal. isk...sampai ke situ lak..

tapi beb, itu la logiknya. ekonomi nie saling berkaitan. segala-galanya walau pun hanya untuk membeli sebatang pen yg berharga RM0.80 jenama faber castle. one part down,the other part will follow. mcm mana nak elakkan yg lain tu dari follow? haa..tu kena tanya pakar ekonomi. p/s: den bukan pakar ekonomi...tapi insyaAllah..hajat tu ada.... hehe...doakan yerk..

Monday, July 6, 2009

saat2 kehidupan di MITI

hari nie seperti biasa dan hari-hari yg sebelumnya..tak de kerja nak buat. sudahnya menghabiskan masa kira hampir 6 jam melayari internet. Facebook,wikipedia and email..sambil2 memikirkan tajuk thesis. cis..kenapa la tak de idea utk thesis nie. nak buat pasal FTA ok tapi too common. then bilateral,pun ok juga but have to think twice sbb kena la ada tajuk2 kecik utk bilateral nie. erm..but since nie yg melibatkan perdagangan antarabangsa, so thesis tu will involve so called 'international' things. huhu..bg up sikit.

pegawai2 sume masuk meeting with one of the director kat bilateral nie so, yg tinggal hanyalah bahagian admin dan kami (practical students). kalau nak kata government ofis nie org selalu lepak and tak de kerja,tu mmg salah la kan. ofis bahagian bilateral atau hubungan dua hala nie sentiasa sibuk tapi mengikut musim. no chit-chatting and so on. and yes..we are busy with calls and events coming up. yg terbaru nie ialah trade mission ke australia oleh menteri perdagangan antarabangsa yang bakal disertai Backbenches, Balai Seni Lukis Negara and Bernama. i have to make calls..most of the times i have to speak to VIP's and VVIP's..Datuk and Datin, Ambassodors and companies' CEO..mcm2 la. nak tak nak terpaksa la memberanikan diri. masa nie baru sedar yg my english is not good enough. i do have the ability to speak in english but bila berdepan ngn org2 mcm nie...kaku dan beku. hilang segalanya..all gone with the wind. nampaknya kena la bg motivasi kat diri nie untuk menguatkan my english dan merajinkan diri to read english. jgn asyik penat jer...

my desk in the office is right in the middle..so, whatever i'm doing the officer can easily see it. huhu..and since i'am the only one practical student yg duduk kat desk nie, i managed to get works to do. huhu..mereka lebih kenal Irena compared to Wai Sam and Mira..huhu. tu advantagenya, but the problem is, no privacy..poor me..
but dont worry,i'll take it positively....

Sunday, July 5, 2009

buhsan..

bersama rakan sepraktikal...



sgt sibuk..padahal tak pun...

hari nie hari yg amat bosan kat ofis..
tak de member...
tak de keja...
berita dalam paper tu pon dah habis baca...



kan best kalu dapat tidur....

ngantuk sgt22....

Thursday, July 2, 2009

back with style...

setelah berkurun lama aku mendiamkan diri..
setelah satu persatu telah ku tempuhi..
setelah aku bergelar praktikal student..
sekarang nie aku kembali semula menulis blog yg ntah apa2..
sebagai coretan diari dan juga sejarah sebagai kenangan dan juga rujukan di kemudian hari..
cehh....baik punya ayat.
semalam,2/07/09 adalah tarikh yg amat keramat. huahua..aku terselamat dari membazir duit dan juga masa gara2 malas nak continue ambik lesen. 2/07/09 merupakan tarikh akhir lesen L aku hidup dan 2/07/09 juga aku lulus test lesen selepas fail kali pertama..sungguh significant. syukur sgt2 sebab tak perlu la aku membazir atau mengulang semula semua prosedur utk mendapatkan lesen yg sah dari segi undang2. huhu..ceh..poyos..
apa lagi nak cakap..02/07 juga adalah tarikh dimana kali pertama aku membeli cencaluk kat kedai. selama nie tak penah pon beli cencaluk kat kedai tu haa..ye la..nama pun anak melaka..
belacan dan cencaluk disponser oleh mi dan daddy aku..tapi bukan dgn membeli,tau..kami buat sendiri. sodappp, bersih..suci dan murni...diadun dengan selawat ke atas nabi dan dimulakan dengan bismillah..alhamdullilah..confirm org yg dah rasa pasti teringat..
nnt sambung la cerita..nak g rest..lama oo..2 jam setengah rehat. maklumla..government ofis..tata...